Contohlah 9 Wanita Ini


بِسْــــــــمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْم


Ada 9 wanita penghuni surga yang patut dicontoh.


1. Siti Khadijah:

Beliau merupakan isteri Rasulullah Shalallahu A'laihi Wa sallam yang melahirkan anak-anak Rasulullah, setia dan mendukung Rasulullah walaupun ditentang hebat oleh orang-orang kafir dan musyrik, mengantarkan makanan kepada Baginda ketika Baginda beribadat di Gua Hira.


2. Siti Fatimah:

Anak Rasulullah yang tinggi budi pekertinya. Sangat kasih, setia dan berbaktinya kepada suaminya Ali karamallahu wajhah walaupun Ali miskin. Tidur berbagi 1 bantal dan kadang-kadang berbantalkan lengan Ali. Rasulullah pernah berkata aku takkan maafkan kamu wahai Fatimah sehinggalah Ali maafkan kamu.


3. Siti Aisyah:

Beliau isteri Rasulullah yang paling romantik. Sanggup berbagi bekas makanan dan minuman dengan Rasulullah. Dimana Nabi Shalallahu A'laihi Wa sallam minum di situ beliau akan minum menggunakan bekas yang sama.


4. Siti Hajar:

Isteri Nabi Ibrahim yang patuh kepada suami dan suruhan Allah. Sanggup ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim atas suruhan Allah demi kebaikan. Berjuang mencari air untuk anaknya Nabi Ismail.


5. Siti Mariam:

Wanita suci yang memang pandai menjaga kehormatan diri & mempunyai maruah yang tinggi sehingga rahimnya dipilih oleh Allah Subhanahu Wa Ta'ala  untuk mengandungkan Nabi Isa.


6. Siti Asyiah:

Isteri Firaun yang tinggi imannya dan tidak gentar dengan ujian yang dihadapinya daripada Firaun Laknatullah.


7. Siti Aminah:

Wanita mulia yang menjadi ibu kandung Rasullullah. Mendidik baginda menjadi insan mulia.


8. Siti Muti’ah:

Isteri yang patut dicontohi dan di janjikan Allah syurga untuknya karena setia dan patuhnya kepada suami, menjaga makanan dan minuman, menyediakan tongkat dan cambuk untuk dipukul oleh suaminya sekiranya layanannya tidak memuaskan hati, berhias dengan cantik untuk tatapan suaminya saja.


9. Siti Zubaidah:

Wanita kaya dermawan yang menjadi isteri Khalifah Harun Al-Rashid. Sanggup membelanjakan semua hartanya untuk membina terusan untuk kegunaan orang ramai hanya niat karna Allah Subhanahu Wa Ta'ala.


Semoga Allah senantiasa membimbing kita dalam keadaan iman dan takwa kepada-Nya, dan mudah-mudahan Allah menjadikan yang sudah menikah menjadi pasangan yang Sakinah, Mawaddah, wa Rahmah, untuk istri yang taat kepada suami, dan untuk suami yang menyayangi istrinya, dan yang belum menikah semoga Allah pertemukan jodohnya. Segera menikah dengan pasangan yang terbaik dan dikehendaki.


Barakallahu Fiikum 

Posting Komentar

0 Komentar